ABOUT TWITER ENTRY FACEBOOK LINKS INSTAGRAM STUFF




Kenangan Lama :)
Thursday, August 2, 2012 • 12:00 AM • 1 comments
Assalamulaikum kawan kawan :) Have a nice day today, and please give me your pretty or handsome smile. SENYUM :) *erkk pretty or handsome smile?? okey whatever! Haha :D* anyway thankyou guys..
Taktau sebenarnya nak tulis apa kali ni. No idea. Hurm ouh ya, lagi berapa hari je kan masing masing dah nak sambung belajar. Lepas ni dah takde dah jumpa kawan kawan Matrik sangat. Weh sedih weh :'( Even duduk setahun dekat Matrik, macam macam kenangan dapat rasa. Erti sebuah kawan? cinta monyet matyeh? gaduh gaduh? semua dapat rasa. Nampak tak secukup rasa semua ada? Tapi kalau bab kawan ni memang tak dapat nafikan. Berkenalan dengan seorang budak Perak masa mula mula minggu orientasi.
 
"Panggil wana je" "Ouh saya Fazlin" "Kita kawan oke?"
 Cikgu tanya apa matlamat awak dekat Matrik Johor ni?
Sorang tu cakap "Saya nak jadi arkitek,emm macam bahagian bangunan bangunan gitulah. bla bla bla" Turn lagi sorang tu cakap pulak "Saya nak dapatkan pointer bagus. bla bla bla"

Babe!! seriously kelakarlah seh bila ingat balik!! Macam budak budak Haha XD Rasa nak lempang lempang jek dekat Fazlin ni tau bila dia bagitau dekat budak budak lain pasal saat kitorang mula mula berkenalan dulu ! Haha peristiwa tu memang takleh lupakan. She so "terejal" person. Susah nak dapat kawan "terejal" macam ni =.='' And the most things, Fazlin penah buat aku terharu :') See!


Dia buat sepanduk kecil pakai A4 pastu tulis,"WANA BOLEHHH !!" weh rasa macam nak nanges masa tu. Padahal terkejut. Haha! Mana taknya, petang tu aku ada game tennis then before nak start game tu Fazlin ada message cakap "Wana game kamu petang ni pukul bape?" tapi aku tak balas pon message dia sebab malas nak suruh dia datang. Nanti aku KALAH weh, asyik gelak gelak je kalau kawan tengok aku lawan ! HAHA XD See jahatkan? Soryy Fazlin :) Tapi tanpa diduga dia datang tempat gelanggang tennis! Hahaha TERKEJUT! pastu dia tunjukkan sepanduk ni, weh! lagi terkejut and terharu PLUS PLUS~ btw, thankyou Fazlin :) Nanti nak bawak kertas semangat ni pegi Universiti pastu tampal dekat board belajar. Hari hari boleh teringat dia nanti. Hehe eh thanks jugak sebab selama ni jadi my BACKUP! Haha rasa selamat jek kalau ada dengan dia sebab kalau ada orang nak kacau mesti dia akan marah balik orang tu.. Best giler :D 

 Hai Cikgu Fazlin :) Wewiittt! cikgu paling lawa dekat sekolah! Haha nanti jangan garang garang sangat tau dengan anak murid. Nanti nak hantar anak saya dekat cikgu ni la.. Cikgu jangan buli buli dia tau.. Haha :D

Dan kemudian tetibe pulak boleh rapat dengan budak nama Alfiera. Seriously, dia sangat baik! Jodoh aku dapat kawan baik baik kan? Ekekeke :) Susah nk explain tentang baik dia. Hanya Tuhan je tau :) Thanks fira sebab ajar & beri kata kata hikmah Islamic & jaga aku sepanjang masa aku tidur dekat bilik hang dekat Matrik.. Haha! pastu outing sampai Melaka??? Peristiwa masa orang balik solat Jumaat??? Okey serius tak dapat lupakan! Haha :D Eh rindulah nak godeh godeh henpon mahal dia. Wink wink~ lepas ni tak dapat dah nak main game Word Search kat henpon dia :')


Dan kepada gojes gojes, thanks sebab sudi jadi kawan rapat! Ain, Dayah, Aziah ingat tak lagi bila salah seorang merajuk pastu nanti masing masing pujuk. Pastu kita makan cokelat KitKat sama sama, cubaan nak panjat pokok pelam dekat sebelah masjid pokoknya sebab nak petik buah pelam yang masak, babe! yang ni kelakar sampaikan budak laki pun sanggup tolong korang capaikan buah pelam yang tinggi tinggi. Haha :D  *PERHATIAN : buah pelam ni dijamin halal,jangan risau*, kita beli kek then makan sama sama, pergi kerja kawen dekat kampung Alfiera sama sama, kita berlakon sama sama *cubaan masuk masa dekat tempat pak guard. Hehe*, main tennis sama sama dan ingat lagi si Fazlin tak suka kelas tennis Haha :D pastu kita belajar sama sama :) Dan kepada Ain! Nanti aku bawak pergi Universiti selipar yang kau penah kasik kat aku. Aku jaga betul betul selipar tu. Hehe :)


Eh makcik Aziah! aku rindu saat ni, kita kongsi makanan sama sama. Haha! Rasa macam nak bertengkar pun ada "mana aku punya??" "eh tu la kau punya, aku punya yang tu" XD nak masuk kelas pun still nak makan lagi. kitorang lapar punya pasal =.="


And mesti rindu dengan kawan kawan sekolah. Semua sekali budak budak TIGS :)
Nadiah! Seronok dapat balik Batu Pahat dengan kau, kita berdua naik bus TingTong. Haha! kita ada jodoh kan sebab terjumpa dekat bustand Tangkak dan sebaik aku tak kena balik sorang sorang aritu. Huhu =.=" Take care tau Nad nanti dekat Sabah & gudluck nanti dekat tempat baru. Kami dekat Semenanjung akan merindui kamu bahhh :)
Fazreena! nanti aku rindu kau, macam mana ni :'( Kalau dulu dekat Matrik aku selalu pergi bilik kau. Kekadang tu sampai tertidur tidur dekat katil kau. Main tarik tarik selimut kau masa kau tido, dah tak dapat dah lepasni. Tak dapat lagi nak luahkan masalah pastu aku ternanges pulak dekat kau. Tak dapat lagi nak study sama sama dengan kau. Dah takde dah lepas ni orang nak message aku "Wana kau dah makan belum? Jom pergi makan" Huwaaa~ sedihnya :'( btw, thanks tau semua ni :'(
Athirah! Kalau dulu dekat Matrik kau selalu rajin datang bilik aku tapi sekarang aku dah takde dekat Matrik, tak dapat kita berbual bual lagi macam dulu :') Last week aku call kau then kau cakap setiap kali kau lalu depan bilik aku, kau mesti asyik teringat aku je. Kau cakap "bila aku lalu nak naik tangga,mesti terpandang bilik kau wana" Weh sedih weh ayat kau :'( Takpe, next year kau pun akan sambung degree,jangan risau :) Sayang kau sangat sangat! Okey kita kawan sampai tua,berkedut kedut muka pun takpe. Hehe :)


Dan tak lupa jugak dekat my roomates dekat Matrik :) Thanks sebab jadi roomates yang terbaik! Rindu dekat korang nanti. Ingat tak lagi kita main baling baling bedak pastu lari keliling blok pastu masuk bilik orang lain sebab nak elak dari kena bedak. Haha sebaik tak kena marah dengan felo sebab memekak je malam malam XD, kemas bilik sama sama, layan movie malam malam sampai esok pagi kita tengok movie, belajar sama sama, tidur sama sama, tension pun sama sama *Haha XD*, weh nanges pun nak sama sama, apa kes der?? Haha pastu makan sama sama, peristiwa bilik terkunci sebab masing masing pun tak bawak kunci =.=" Wish you luck my roomates :) Wana takkan lupa semua kenangan manis kita bersama. Wink~


Kepada jiran jiran bilik kami, goodluck korang dekat tempat baru :) eh Hanim! aku ada simpan lagi nota kecik kau bagi aku. Haha :D Aku rindu kau wahai budak gangster. Haha XD


Ouh ya, saya teringat lagi hari malang saya masa last day dekat kmj before final exam :D 


budak budak laki MD13 dari Tingkat 1 amek gambo budak perempuan dekat bawah








 


dan kenapa aku tutup mulut tahan gelak *gambo kiri* ?? sebab aku baru jek lepas jatuh! ingatkan ada orang kat belakang nak sambut aku jatuh, tu yang aku jatuhkan badan je. Hampeh Alfiera tak tolong sambut aku =.=" Cepat cepat aku bangun weh masa tu bila dah terjatuh! gelak gelak jek kan, kah3 buat malu la kau wana!! Pastu bisik2 dengan budak budak perempuan, " eh budak budak laki dari atas nampak ke aku jatuh tadi?? HAHAHA " "takpe2 wana, diorang tak nampak" >.< maluuu! Aku tau diorang tipu aku jek! HAHAHA saja la tuh kan. eh tapi kan even budak budak laky ni suka menyakat tapi aku tau diorang ni baik. Hoho *gambo kanan* acting seperti biasa konon konon tak jatuh. Haha


Kata kenangan lama kan, so kenangan lama jela yang dapat simpan jadi memori terindah :) Lepasni dah takde dah :') Jangan sedih sedih, kita akan tetap kawan sampai bila bila. Sampai tua kerepot pun bolehhhh. Hehe :) InsyaAllah ~



Sekian..Jumpa dilain hari!


PASTFUTURE
THE STAR OWNER
Hai.Assalamualaikum. Welcome to My world . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here!
TALKIE TALKING

Kalau ada sebarang pertanyaan, chat dekat sini ya, jangan malu-malu !
Musixbank.Net
Klik mana yang korang nak. Bersesuaian dengan tajuk lah.

FOLLOW/HOME




JOM TWEET !

CREDIT SECTION

Coding basecode by: Afiqah
Edit template by: @esharky_
Owner blog:NSyazwana
Best view:Miss Google