ABOUT TWITER ENTRY FACEBOOK LINKS INSTAGRAM STUFF




Best part of PLKN :)
Saturday, July 14, 2012 • 11:27 PM • 1 comments
 Cintakan bunga akan layu,
Cintakan manusia akan mati,
Cintakan Allah kekal abadi,
Itulah cinta, cinta yang hakiki.....

SubhanAllah rindunya nak berzikir ramai ramai dengan kawan kawan dekat kem... Serius! satu pengalaman indah duduk dalam kem PLKN... Ouh yaa, Assalamualaikum readers.. Spread sayanggg dekat koranggggg! Dah lama kot tak ber-blogging... Last entry aritu,ada cakap kan nak citer pasal aktiviti aktiviti lasakkk so its time to STORY-MORY bout it....

1) KEMBARA HALANGAN (KH)

Ada 6 halangan kitorang kena lepas... Palang rendah, Titi gantung *aku tak suka benda alah ni sbb goyang goyang,lempang kang!! Haha!*, Tembok 6 kaki, Jambatan, Palang Monkey, Tali Tarzan, Dawai (meniarap)... Tapi dalam banyak banyak ni, Tali Tarzan paling bestttt wei ! syok jek bergayut atas tali... Masa latihan KH, time budak budak nie buat Tali Tarzan aku gelak gelak jek sebab diorang terjatuh masuk air.. See! jahat kan... Haha pastu amek kaw!! cikgu suruh aku buat, alhamdulilah lepas.. Kalau tak dah lama kena bahan dengan cikgu cikgu.. Haha! Tiba masa pertandingan, wirawati mintak 25 orang je yang boleh masuk,sapa yang teror teror tu pegilah masuk...Gila berdebar time tu & half of us Wirawati Alpha banyak tak lepas Palang Monkey termasuk AKU ! kah3.. But finally untuk pertandingan KH ni, ALPHA JOHAN KESELURUHAN ! Thanks to WIRA ALPHA bantu WIRAWATI ALPHA sebab bagi markah banyak...Wira Alpha semua lepas! Congrates2! :)

2) NAVIGASI SIANG

Sebelum buat aktiviti ni, kami semua kena masuk kelas... Belajar baca peta, kompas, cari bearing & macam mana nak elak halangan tapi siapa yang jadi pemegang kompas dialah yang jadi peranan penting... Dan masa kelas tulah aku asyik main main dengan budak budak ni, tidurlah & tak mek port pun pasal navigasi... Astagfirullah apa nak jadi ni.. Hehe :p Dan bila aktiviti tu berlangsung, aku diberi AMANAH jadi pemegang kompas! Ya Allah,Kau sorang jela yang tau perasaan aku masa tu... Akulah jadi pemandu arah untuk Wirawati Alpha seramai 33 orang.. Kalau sesat dalam hutan tebal tu,AKULAH! yang kena.. apa semua AKU! yang kena... Tapi muka aku tetap cool wei, takde cuakkk! Kalau aku cuak,diorang lagi takut nak masuk hutan.. So better buat muka cool.. Haha tu yang tak boleh blah.. Budak budak ni semua pesan "Kak Wana, kitorang prcayakan akak" "Kak betul betul tau, jangan sampai sesat" "Wana aku tau ko boleh buat, aku cuak sikitlah so ko jela handle" Memang berselawat jela aku time tu..Haha! Semak kat dalam hutan tu macam tanak TINGGI TINGGI pulak kan, TINGGI dari aku pulak tu... Malang time tu jadi org diri depan,kena tebas semak samun lagi... Kalau parit besar,akulah kena lompat dulu.. Tu kalau aku jatuh dulu, memang balik berlumpur lah aku.. Tapi yang anak anak buah semua beri kerjasama dengar arahan bila dah masuk hutan... Thanx to Xiang sbb tolong tolong masa tu... Dan aku berjaya bawak Wirawati Alpha keluar dari hutan & jadi kumpulan PERTAMA sampai kalahkan yang lain.. Congrates Wana! *tetibe puji diri sendiri..Hehe :) *Ada peristiwa ngeri berlaku masa sampai destinasi*

3) MENEMBAK

Nak gelak dululah kalau pasal menembak ni... HA HA HA! Jujur cakap, memang takde bakat dalam menembak! Tembak monyet agaknya aku.. HAHA! Tapi tak bermakna aku tak dapat mata okeyh ! Hurmm cuma sikit jela aku dapat mata.. hurmm okeyh jujur aku dapat 3/100 je...*HAHAHAHA BEDEKAH WEI, ORANG LAIN DAPAT PULUH PULUH, EKAU DAPAT MACAM NAK TANAK JEK..KAHKAHKAH apa pun tak boleh! (ayat HAZIQ DOL a.k.a budak hensem..Hahak geli aku nak sebut! tapi bagi jela,nty dia merajuk..Haha!)* Sepanjang dekat tempat menembak tu, aku asyik ketawa je.. Haha orang lain tanya brape dapat, aku cakap terbaikkkk! *sambil gelak gelak..HAHA* Tapi bersyukur la dapat mata sebab siapa yang dapat 0 tu cikgu cikgu hadiahkan diorang telur... Sebaik aku tak kena panggil kat depan pentas... Kalau tak MERAH PADAM aku kat depan.. Haha! Tapi pengalaman menembak pakai M-16 perkara yang bestttt! Dapat jugak rasa lepaskan 31 DAS TEMBAKAN.. *tetibe nak jadi askar*

4) TALI TINGGI & FLYING FOX



Whoooooaaaahhhh! Besttttttt! Mula mula tengok Wira buat macam senang je diorang ni.. Jalan dekat titi lajuuuu gile... kitorang tengok dari bawa rasa macam "eh eh eh baik baiklah" .. Bila dah sampai turn, memang best! Aku siap boleh gelak gelak dekat atas tali tue.. Cikgu yang tunggu kat depan boleh cakap " eh eh wana nie, syok je dia macam tak takut plak..bagus bagus " Memang best kawan kawan! Tapi kalau diberi buat lagi ke, orang pertama aku tanak buat sebab tak sanggup dah... Haha oke sekian...!

5) MEMBINA RAKIT


Untuk pengetahuan semua, aktiviti Air tak digalakkan jadi kitorang cuma buat bina rakit & buka rakit.. Even kecewalah jugak sebab tak dapat main kayak segala tapi takpelah, pengalaman bina rakit pun dah cukup bermakna.. Aktiviti ni ikut timer.. Masa terpantas akan dikira pemenang.. Jujur sekali lagi, masa latihan bina rakit, kami Wirawati Alpha banyak tak beri fokus macam mana nak ikat rakit tu biar ketat termasuklah AKU! Main main je masa tue... Bila pertandingan pulak, thanks banyak banyak kat Wira Alpha sebab tolong bagi idea kat tepi kawasan.. Diorang sanggup beri semangat kat kitorang Wirawati ! Satu pengalaman kerjasama.. God job Alpha! *tetibe aku terharu time tu :') sampaikan tangan luka luka.. Haha*

6) KAWAD KAKI

Alhamdulilah.. Rasa beruntung sangat sebab kami di kem tak didedahkan dengan cuaca panas sangat & kami tak selalu ada latihan kawad.. Kami selalu berbaris dalam dewan yang berbumbung & nasib kami baik sebab cuaca tak berapa panas sepanjang kami berada di sana.. Syukur ya Tuhan :) Tapi tak bermakna latihan kawad kaki tak dijalankan.. Memang ada tapi tak kerap.. Semangat kawad tu yang membuatkan kitorang berkobar nak menang even tak dapat JOHAN tapi takpelah bukan rezeki Alpha..

7) MALAM KOMPENI

Saat paling wana rinduuuu :') Kami Alpha buat persembahan Lakonan ( flashback masuk PLKN), Dikir Barat version Nyanyian Lagu Kem Sembrong, Lagu Alpha hasil ciptaan Wira Alpha,Matthew & Sorakan Alpha.... Memang tak dapat gambarkan betapa happy kitorang kat atas stage.. Turun stage je, terkesat plak air mata *wa tacing babe gara gara aksi Wira Alpha... Dioranglah yang banyak menceriakan hidup kami Wirawati Alpha.. Haha!* dan bila diumumkan JOHAN tuk Malam Kompeni, hanya Tuhan jela yang tahu betapa gembiranya hati ... Hehe :)




Sekian..Jumpa dilain hari!


PASTFUTURE
THE STAR OWNER
Hai.Assalamualaikum. Welcome to My world . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here!
TALKIE TALKING

Kalau ada sebarang pertanyaan, chat dekat sini ya, jangan malu-malu !
Musixbank.Net
Klik mana yang korang nak. Bersesuaian dengan tajuk lah.

FOLLOW/HOME




JOM TWEET !

CREDIT SECTION

Coding basecode by: Afiqah
Edit template by: @esharky_
Owner blog:NSyazwana
Best view:Miss Google