ABOUT TWITER ENTRY FACEBOOK LINKS INSTAGRAM STUFF




Penang Mari . Short Vacay !
Monday, April 13, 2015 • 3:09 PM • 0 comments


Assalamualaikum silent readers ! *lambai-lambai*

 kantoi deh mung . Spot-detector !  *mentang-mentang sem nih amek subjek Highway and Transportation Engineering so semua detector hang sebat naa sebut hehee*

Okay okay back to our topics . SHORT VACAY ? yeayy mission complete kali nih for dis sem . Hari minggu tanpa latihan sabtu ahad amek chance ber-honeymoon . Penang aku datang yuhuuuu :D hihi.
Tujuan utama actually hadiri majlis perkahwinan auntie kepada amy (one of my housemate) and sekali harung nak rasa jenjalan area Penang dengan housemate semua . Kapan lagi dong kalau bukan sekarang time study berjalan jalan dengan kengkawan . Lepas nih bakal rindu la kalau dah grad and masing-masing dah buat haluan masing-masing . Means dah keje and dah kawen ikut suami tercinta . Dating jenjalan pulak wif husband pasnih . eh? Hehehehe *dok sengih sengih pasaipa*

SHORT VACAY 1 : Majlis resepsi MakLong Amy


Tadaaaaaa ! amek chance bergambar dengan pengantin *amek berkat + aura white seri pengantin gitu sebenarnya hahahaa*



Selpieeee sat wif pengantin ! atas pentas tuh macam kami punya events ahahaaa pengantin sporting, kami Double sporting tapi yang TRIPLEEEE sporting tuh si photographer suruh buat gaya cenggini laa cenggitu laaa hehehe thankyou uncle photographer sudi berphotobabommmmm kami ^^

SHORT VACAY 2 : Photobabommmm wif pengantin di pantai Teluk Bahang






SHORT VACAY 3 : Jenjalan Batu Ferringhi . jalan-jalan shopping ala-ala cerita Love U Mr. Arragont ahahahaa

After berphotoshot wif pengantin then misi diteruskan berjalan-jalan area Batu Ferringhi . Disebabkan penangan cerita melayu , diorang dok ingat tempat bazaar tok shopping nih laa tempatnya cerita Love You Mr. Arragont wat shooting ahahaa menyempat deh, kelakaaa .But seriously, giler ramai mat salleh . Maybe hujung minggu kot time tuh . Tengok depa pun dongak 45 darjah ke atas gituuu . Nampak tak betapa "tingginya" cek ahahaa . Then usha punya usha la barang-barang and yeayy finally dapat kaut souvenir made in Penang pun jadik laaa. As long ada gak kenangan dari Penang weheee :) Tapi yang paling sadis nyaa rasa susah kot nak beli air buat hilang haus berjalan . Mostly yang jual macam kedai yg diragui tak bapa nak halal . For me laaa . So better tabahkan hati menelan air liuqq dan carik kedai runcit sahaja hahahaa sadis segaragaaa betei . Takpe, janji terjamin ! *peace yawwww* :D

SHORT VACAY 4 : Gurney Plaza .

Keesokan harinya misi berjimba lagi . And takde plan nak ke Gurney Plaza but sekali sekala masuk jela . Berjalan dan terus berjalan di shopping mall nih and hasilnya kutipan gambar berjaya dihasilkan oh yeayyyy hihi







SHORT VACAY 5 : Pasemboqq mari , Padang Kota

And ni lagi satu tempat shooting Love You Mr. Arragont yg Zara ngan Mr. Arragont nya makan pasemboqq wahahaa laju jugak depa nih dapat tangkap and ingat balik tau . dan tak Penang la kan kalau dah mai Penang tak merasa pasemboqq kat sini hihi .

sebelum tuh pekena dulu sat cendol aiskrim . nyum nyum ^^



Pasemboqqqqq . thorbaikkk ! rugi deh dah mai Penang tak rasa pasemboq hihi nyum nyum ^^


SHORT VACAY 6 : Pusing-pusing  Georgetown

Tak Penang la kalau tak mai carik jeruk :)

SHORT VACAY 7 : Museum 3D Penang

And the last tempat sebelum keluar pulau . Termasuk dalam pakej . haha siap ada pakej lagi gituuu . Actually taktau nak survey mana tempat best pastu bila baca blog Cikepal woahhh macam best jah pergi so why not pergi try masuk .



SHORT VACAY 8 : Pergi rumah skuad . errkkk alhamdulilah dapat rasa kueh tiaw kerang orang Kepala Batas .phewwwww sedap *thumbs up*

then pulang la marilah pulang marilah pulang . tsktsktsk T.T sedih but happy dapat berjimba yuhuuuuu :D next vacay pulak . wait yaaaaa hihi *buku merah jgn lupa bawak, moga-moga belum tamat tempoh lalalalaalalaaaaaa*

"Setiap perjalanan ada cerita, setiap cerita ada kenangan, setiap kenangan ada sentiasa dalam ingatan"


Iklan sebentar
Monday, March 30, 2015 • 5:37 PM • 0 comments


Short vacay in progress :D




Jodoh Itu Rahsia ALLAH :)
Monday, March 23, 2015 • 4:25 PM • 0 comments
SEKUAT mana kita setia
SEHEBAT mana kita merancang
SELAMA kita menunggu
SEKERAS mana kita bersabar
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita
SELAMA mana kita bertahan bersamanya

Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai, Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya .... kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH. 

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".

Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".



~Kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik.~








Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama.. Kita Tetap Tidak Akan Bersama.. Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang.. Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t., Maha Perancang Segalanya.

Hebat aturanNya..=')


Jodoh itu kan Rahsia Allah.. Sweet kan? Allah itu maha SWEET. Dia nak bagi kejutan dekat kita. =D dan kita pula akan sentiasa ternanti-nanti , siapakah jodoh kita. Tapi, sebelum tiba masanya, selagi itulah Dia akan rahsiakan daripada kita. Allah buat macam tu bukan sia-sia, tidak ada sia-sia dalam perancanganNya. Dia nak kita persiapkan diri secukupnya sebelum jodoh itu sampai. Selagi ada masa yang disediakan Allah untuk kita ini, mari kita tambahkan ilmu di dada secukupnya untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa. 


Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah.. kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. 
Sama2 perbaiki diri,minta pada Allah. Dia mengetahui,sedang kita tidak mengetahui bukan? =) [2:216]

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..


Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH



"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."


(Adz Dzariyat : 49)


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup


Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??




".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.


ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri




Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya


"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."

(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won't touch her.
Not even the slightest bit.
You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya."

(HR. Al-Hakim)


Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu...
Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya..
Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..Allahumma Ameen ya Rabb..

"Orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung MUNAJAT dan DOA kamu.." =)

Jodoh itu rahsia Allah, Sunnatullah. Cepat atau lambat, ia akan sampai juga kepada kita apabila tiba masanya. Usah terburu-buru. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. =)


cc : http://tintadariqalbi.blogspot.com . 



Kau tidak perlu rasa tergugat dengan lawan mu jika kau yakin yang dia benar-benar jodohmu . Tidak perlu berpaling muka andai kau rasa tergugat dan tidak perlu takut akan kehilangannya sebab andai ada jodoh tak ke mana . Dan tidak perlu nak merasa megah dengan apa yang kau telah miliki . Bersederhanalah . 
 
Dan janganlah mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain untuk kesenangan diri sendiri dengan perbuatan kau yang suka berhibur . Semoga janji pada suatu hari kau tak lupa .

Kawan ? Jangan kau lupakan mereka di saat kau lagha dengan mainan cinta dunia. Semoga kau tak mencari bahu siapa untuk kau luahkan di waktu kau susah nanti .
JAGA DIRI, JAGA IMAN, JAGA HATI
Renungan bersama . Assalamualaikum .
 

MENANTI SUPERMAN
Saturday, March 21, 2015 • 1:00 AM • 0 comments
ASSALAMUALAIKUM 

Menanti Superman ? phewwww mendalam ! hihi . Actually the best story mory suka baca dari Dr. Anwar Fazal, karyanya dalam DIAgnosis2 :) Sebab apa? sebab Aku, Kau dan DIA sahaja yang tahu isi hati ini *ecewah hehehe*


"Kenapa manusia tidak selalu jujur dengan cinta?"
"Biasa . Tiada bezanya dengan kita dan Pencipta"
"Huh"
"Ya. Tahu diri hamba tetapi masih terus galak melakukan dosa"
 ....
"Kita setia dulu pada DIA dengan sebenar-benar setia. InshaAllah yang lain pasti akan terjaga"

Jika kalaulah orang tau kita sudah berkali kali melakukan solat istikharah dan Allah akan sering tunjukkan pilihan hatinya itu benar walaupun tak berhubung dengan tuannya buat sekian lama.

Kalaulah orang tahu, saban hari dia berdoa agar Allah padam semua memori lama dan berikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan . Susah . Sebab takde siapa yang mengerti .Tapi hanya satu yang mengetahui iaitu yang betul- betul Maha Mengetahui :)


Cinta, jika bukan bermisikan syurga, nikmat bahagia tidak akan kekal lama. Yang namanya cinta itu hanya akan tiba bila kita terlebih dahulu mendahulukan Tuhan dan ayahbonda dalam semua perkara. Percayalah . "Dia" nanti akan muncul di depan mata tanpa disangka-sangka. Saat itu, baru kita tahu betapa benarnya untuk meletakkan cinta pada tempatnya sebelum hadirnya "Dia" .

cc : DIAgnosis2 . Terima kasih :)

* next --> Jodoh Itu Rahsia Allah . InsyaAllah :)

REVIEW : DIAgnosis2 :)
Friday, March 20, 2015 • 10:20 PM • 0 comments
ASSALAMUALAIKUM 

Post kali ni sis nak review sikit pasal satu buku nih yang super duper ohsem ! Actually dah lama berkenan di hati nak beli keluaran yang mula-mula DIAgnosis tapi nggak tau seyh di mana mau membelinya . Dah bape bulan then tak lama lepas tuh keluar lah DIAgnosis2 . Usha punya usha dekat blog Dr. FATIN LIYANA si doktor cantik molek a.k.a bakal isteri Dr. Anwar Fazal (salah seorang penulis buku DIAgnosis) ehem ehem semoga cepat cepat mendirikan masjid hihi *menyempat* akhirnya buku DIAgnosis2 menjadi hak milik yeayy :D


 
      
"Bacalah dengan namaNYA"

First things la kan teringin nak baca buku nih sebab nak tau sangat life seorang doktor macam mana . Dulu kengkonon masa kecik-kecik bila cikgu tanya dah besar nak jadi apa, confirm teruih cakap "DOKTOR!" hm tapi hakikatnya bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah . Macam doktor, kau tengok life diorang macam mewah jah kan tapi disebalik kemewahan diorang macam-macam yang diorang kena usahakan pagi siang petang malam sebab apa? sebab nak cari rezeki halal dan sebab apa? sebab nyawa manusia tak boleh diganti dengan wang ringgit . But actually semua pekerjaan pun sama dengan niat nya kita kena cuma satu iaitu LilahiTaala

   "Niat itu seperti surat . Salah alamat, salah sampai tempat" - DIAgnosis2

Back to the topics . Suka baca cerita dalam buku nih. Melting dan sangat sentap dengan ayat ayat tersurat dan tersirat nya :') Dalam blog FL pun dia ada petik 


"Kami punya genre lebih kepada memberi inspirasi dan kembali kepadaNYA :) Susah nak cakap, korang kena baca dan alami sendiri hehe.."


 So, pada siapa siapa yang nak beli buku genre jenis cenggini bolehlah hastag dekat twitter #DIAgnosis2 untuk lebih lagi apa yang dimaksudkan dan boleh teruih pergi ke laman web  

http://www.whitecoat.com.my/ 


*Saya pelajar engineer, maybe boleh pasarkan buku berkaitan life seorang engineer pulak? weheee*

 Pabila engineer-to-be masuk lab acah acah berangan nak jadi doktor pakai labcoat hihi


A smile is the best accessory a girl can wear so whatever is it remember to keep smiling :)
 



Sekian..Jumpa dilain hari!


PAST
THE STAR OWNER
Hai.Assalamualaikum. Welcome to My world . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here!
TALKIE TALKING

Kalau ada sebarang pertanyaan, chat dekat sini ya, jangan malu-malu !
Musixbank.Net
Klik mana yang korang nak. Bersesuaian dengan tajuk lah.

FOLLOW/HOME




JOM TWEET !

CREDIT SECTION

Coding basecode by: Afiqah
Edit template by: @esharky_
Owner blog:NSyazwana
Best view:Miss Google