ABOUT TWITER ENTRY FACEBOOK LINKS INSTAGRAM STUFF




Wonderful Experience in my Life :)
Tuesday, July 17, 2012 • 11:18 AM • 0 comments
Dah 10 kali wei aku tukar tukar kasut kelas.. Hebat tak? nak tau kenapa..? Tiap kali pegi surau je pastu ada orang rembat kasut aku wei :'( Tapi takpe, rembatlah balik kasut orang lain... Hehehe :) Tapi setiap kali rembat kasut orang, saiz kasut tetap sama ...  * Dekat sini memang trend kami rembat merembat kasut.. Harap maklum..hehe :) *

Pukul 6.30 pagi kitorang dah berbaris dah... Masa tu kena nyanyi Lagu Negaraku, Khidmat Negara, Kem Sembrong.. Pastu bacaan ikrar & doa... Pengalaman bagi aku kat kem ni bila kena baca ikrar.. Gementar la seh sementara dipanggil oleh Tuan Polis kat depan... Haha! tapi semua ni satu pengalaman.. Bila korang berdiri dekat tengah tengah then korang baca ikrar, yang lain ikut rasa bangga pon ada sebab dapat pimpin :)

Dekat kem macam macam panggilan aku dapat, "Akak? Doraemon? Pendek? Kacang? Budak silat? Imam Muda?" Haha serius lawak.. Disebabkan selalu bertekak je bila jumpe, dia suka panggil aku doraemon & pendek.. Rasa nak sepak sepak je dia tu! sakit ati je dengan dia..Haha! *tetibe rindu* Kenapa kacang pulak? sebab aku suka makan kacang panggang yang dalam tin tu... Terjadi masa kena stay dalam hutan 1 hari, kitorang diberi makan kacang tu so kawan kawan tak suka sangat,aku makan jela.. Hehe :) Yang silat lagi tak boleh blah, Haha! diorang tak kira Wira atau Wirawati kalau bertembung je dengan aku mesti akan ajuk silat yang aku penah buat tuk persembahan.. Kelakarlah diorang :D dan kenapa Imam Muda? alhamdulilah dapat jadi Imam untuk Wirawati...  Aku & Zira digelar oleh budak budak ni.. Jumpe jumpe je, diorang salam then cakap "Assalamualaikum kak Imam Muda"  Haha comel je diorang :)

Sepanjang dekat kem, aku memang elak pegi Medic even sakit sekalipun.. tapi pada satu hari tu, memang tak boleh elak.. Terjadi bila sampai je kat tempat penamat masa aktiviti Navigasi Siang, kaki kat bahagian lutut luka berdarah sebab terkena dawai besi... Abes seluar cLoreng masa tu penuh dengan darah.. Nampak tak keganasan disitu? kaki dah berdarah kuar tapi tak perasan pun.. Haha! Cikgu cikgu dah cuak dah then terus call Medic suruh datang bawak aku pegi Medic sekarang... tapi alhamdulilah lukanya kecik je tapi darah yang OVER kuar banyak...Haha!

Sangat tabik dengan Wira Alpha.. Kenapa wana cakap macam tu? Sebab mereka nie bukan calang- calang orang... Semuanya berbakat..  Dalam diam, rupa rupanya diorang ni seorang atlet negara yang pernah sumbang pingat tuk Sukan Sukma pada tahun lepas, seorang blogger yang berjaya, pelukis terhebat, budak parkour, silat *Hehe kira berbakatlah tu*, pencipta lagu, ada band sendiri kat luar & kompeni yang lain juga tak kurang hebatnya.. Senang cite, mereka semua terbaikkkk ! :)

 Wira Alpha

Dorm P2 terbaikk! Warden wardennya lagi terbaikk! Peristiwa paling kelakar bila kitorang main kejar kejar dengan cikgu keliling dorm... Mana taknya, cikgu rampas bendera Alpha kitorang.. Untuk pengetahuan korang, kami Alpha pernah kena rampas bendera oleh jurulatih bertugas.. Gara gara kena rampas bendera, Alpha kena demerit & kena buat satu persembahan depan Komandan untuk ambil balik bendera.. Means kena merisik dulu baru dapat bendera, kalau Komandan tak suka dengan cara korang merisik, memang nasib malang lah kena buat balik sampai dapat bendera.. so sejak peristiwa tu, kitorang Alpha berjaga jaga biar bendera tak hilang lagi.. Macam mana kita sayangkan negara! macam tu ibarat kena sayangkan bendera! *amboi,tetibe semangat patriotik plak..Hehe* Yang kelakarnya, kitorang senyap senyap masuk bilik cikgu then amek bendera tu pastu cikgu perasan, cikgu kejar kitorang... Apalagi! kitorang cabut lari lintang pukang.. Haha! Lawaklah cikgu ni... Saya Sayang Cikgu! Message terakhir cikgu sent kat saya buat saya tersentuhhh :'( I will never forget u!

Pengalaman silat dengan budak budak di sini sangat besttt! Yes! dekat sana saya jadi ahli silat.. Semua sekali ada 10 orang yang terlibat... Yang tak boleh lupakan bila program Jelajah Briged Sukarelawan Khidmat Negara di Sri Medan, kami kena silat tuk myambut VIP... tetibe fames sekejap sebab masuk RTM !! *Haha jakun* Mula mula segan la kan.. dalam hati cakap "adui malu la wei, sibuk ar kamera ni..jgnlah fokus time aku silat... segan wei mana tau kot kot orang kg. tengok,mana nak letak muka..aku ni dahlah pemalu orangnya..malu malu" HAHAHA siyes lawak time silat tu aku taktau la nak buat muka siyes ke tak...sebab aku mana penah siyes,nak tergelak jek! :D btw, thanx pada budak budak silat coz tunjuk ajar.. rindu nak buat latihan malam malam lagi macam dekat kem :')

Dan pengalaman paling berharga di Kem Sembrong, aku terpilih jadi Pelatih Contoh Wirawati Alpha saja BUKAN keseluruhan... Ada 3 kategori : PELATIH TERBAIK, PELATIH HARAPAN & PELATIH CONTOH ..Pelatih pelatih yang terpilih ni ada sesi temuduga bersama barisan pihak atasan seramai 5 orang.. Dan yang terpilih lagi sekali ni menjadi Pelatih Terbaik, Harapan, Contoh keseluruhan kem... Bila cikgu sebut nama ID, rasa cuak sebab macam aku ni ada buat kesalahan pulak tapi bila tengok orang orang yang terpilih semua kebanyakkan yang ada pangkat pangkat rasa macam kenapa kitorang dipanggil ni... Bila diberitahu tahniah kitorang wakil Harapan Bangsa untuk kem tu, aku rasa macam nak tergelak pon ada *kihkihkih budak nakal pun boleh jadi contoh* sebab fikir jugak macam mana cara mereka pilih kami semua *nada serius* Then orang atasan bagitau, ini semua jurulatih jurulatih yang mencalonkan nama kami semua berdasarkan penglibatan kami semua yang banyak menyumbang dekat sini.. Apa apa pun, Terima Kasih Jurulatih & tak lupa pada my buddy, ALFIERA ANUAR sebab bagitau siapa Menteri Pertahanan Malaysia.. Hehe tetibe tak ingat *before nak masuk interview sempat lagi bermessage dengan dia*

Last but not least, masa Majlis Penutupan Kem Sembrong Kumpulan 2 Siri 9/2012... Kami semua ada perbarisan terakhir.. berdiri tegak menyanyikan lagu lagu, dengar ucapan Komandan & masa penyerahan bendera Kompeni Alpha, Bravo, Charlie & Delta rasa tersentuh :') Honestly, air mata dah berjujuran banyak.. Itulah buat kali terakhir kami tabik hormat pada bendera kompeni :'( Siyes,tak dapat menahan sebab dengan soundtrack lagunya pastu sambil cikgu berkata.. Ayatnya sedih :'( Dan kemudian acara mencabut pangkat dekat baju setiap Wira & Wirawati yang ada pangkat.. Lagi sedih rasanya bila selama nie ada  pangkat tapi akhirnya kena pulangkan semula sebab dah tamat latihan.. Aku dapat rasakan perasaan diorang..Sedihnya :'(




Sekian..Jumpa dilain hari!


PASTFUTURE
THE STAR OWNER
Hai.Assalamualaikum. Welcome to My world . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here!
TALKIE TALKING

Kalau ada sebarang pertanyaan, chat dekat sini ya, jangan malu-malu !
Musixbank.Net
Klik mana yang korang nak. Bersesuaian dengan tajuk lah.

FOLLOW/HOME




JOM TWEET !

CREDIT SECTION

Coding basecode by: Afiqah
Edit template by: @esharky_
Owner blog:NSyazwana
Best view:Miss Google